SAYA MOHON MAAF JIKA DI DALAM BLOG SAYA TERDAPAT KESALAHAN DAN KEKURANGAN DALAM MEYAMPAIKAN KARNA SAYA JUGA MANUSIA YANG TIDAK LEPAS DARI KESALAHAN BAGI PENGUNJUNG MOHON KRITIK DAN SARANNYA UNTUK SAYA

Sunday, April 12, 2015

APA ITU IHKTILAT ?

BAHASA .


Dari segi bahasa, ihktilat adalah meramukan,menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilat Syariat

Yang di maksut dalam pembahasan ini adalah percampuran wanita dengan laki-laki, yaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan,percampuran di suatu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain,berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa
  • Apa hukum ihktilat dalam konteks yang seperti ini  ?
  • Adakah percampuran wanita dengan laki-laki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki tanpa ada perbezaan  ?

     
  • Jawabapannya ialah, Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pon yang mengatakan bahwa pergaulan wanita dengan laki-laki sama dengan laki laki dengan laki-laki adalah HARUS, tetapi pergaulan laki-laki dengan wanita asalnya adalah HARAM.

    Ihktilat HARAM  ? Macam mana nak bekerja, nak belajar,nak berjual beli  ?

    Dalam hari ini , Ahli Sunnah Waljamaah, mengambil pendapat yang pertengahan                       ( mustawasit ) . Iaitu bersederhana dalam percampuran lelaki dan wanita,tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.

    Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara wanita dengan laki-laki yang haram pada asalnya kepada suatu perkara yang di haruskan, antaranya yaitu:

    1. Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)

      Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
    2. Dalam keadaan keperluan ( Hajat )

      • Dalam gerak kerja ( musyawarat,perbincangan dan program
      • Dalam pembelajaran ( kelas )
      • Jual beli
      • Kerja kehakiman
      • Saksi
      • Amar maaruf nahi mungkar
      • Melayan tetamu
      • Dalam kenderaan awam
      • Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga
        p/s : Keadaan di atas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan percampuran di atas mengelak perkara yang di larang dalam ihktilat dan menepati syarat-syarat ihktilat

        Perkaran yang dilarang dalam ihktilat
       
     
  1. Pandangan yang berlebihan

    Pandangan yang berlebihan adalah di larang dalam islam, "Katakanlah pada laki-laki yang beriman supaya menahan penglihatan dan memnjaga kehormatan,, dan Katakanlah pada Wanita-Wanita yang beriman supaya menahan penglihatan dan menjaga kehormatan" Surah An-nur : 30-31 dan sabda Rasulullah "Janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu dengan pandangan kedua, sesunggunya pandangan pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah dosa keatasmu"
  2. Bersentuhan

    Sentuhan juga adalah perkara yang di larang Sabda Rasulullah saw " Sekiranya kamu di tusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik dari pada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal bagimu"

    Sentuhan yang di masksut di sini, termasuk sentuhan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara analogi mudah yang di berikan,adalah adakah kita boleh membiarkan alat sulit kita di sentuh oleh sesiapa saja walaupun ianya berlapik  ?
  3. Bercakap lembut

    Suara/percakapan adalah elemen terpenting yang perlu di jaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu di elakkan
    Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksut adalah lebih baik dari pada perbuatan yang lain
  4. Khalwat ( berdua-duaan )

    Dilarang bagi seorang laki laki dan seoranh wanita dalam keadaan berduaan melainkan sesama mahram

    Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada Khalwat
    Mahram yang di maksutkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang memahami hukum islam dan mampu menegur kita berlakunya pemesongan dari pada landasan islam/maksiat
  5. Tidak menutup aurat

    Aurat wanita kepada laki-laki yang bukan mahram adalah seluruh kecuali muka dan telapak tangan, aurat laki laki pada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut


            syarat-sayrat
       
    1. Niat karna Allah
    2. Maklamat-perkara yang memaksa dan keperluan saja
    3. Tidak bersentuhan-Tidak berlaku sentuhan semada kulit dan kulit atau berlapik
    4. menutup dan menjaga aurat- perlu sentiasa terjaga
    5. menjaga adab bercakap-Ringkas,padat dan di pahami, tidak meleret dan berlebihan
    6. Di bawah kawanlan orang yang di percaya- bawah pantauan orang yang di percayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan dari pada landasan islam/maksiat keadaan (Wakie, mahasiswa malaysia di mesir menjadikan pasangan perkahwinan ( mutazawij ) adalah orang yang bisa di percayai
    7. Mengasingkan tempat
      Di asingkan dengan pengasingkan yang jelas, sama ada kirr dan kanan depan dan belakang

      Salah faham berkaitan dengan ihktilat

             Jumlah laki-laki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ihktilat. Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah artikan ihktilat dan khalwat
      • Ihktilat adalah percampuran lelaki dan perempuan tidak kira bilangan
      khlwat adalah keadaan dimana lelaki wanita berdua-duaan tanpa mahram ( orang yangdi percayai, memahami hukum islam dan mampu menegur)

      Fizikal tubuh( jisim) tidak menjadi syarat belakunya iktilat

      Ihktilat boleh belaku semada melalui telfon."chatting" dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.

      Dalam ihktilat modern ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ihktilat juga di patuhi bagi menggelakan ihktilat yang di HARAMkan
      Kenal atau tidak,warna kulit,bahasa pengantar,bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ihktilat

      Antara yang sering belaku apabila, ada istilah adik angkat, abang angkat, karna di katakan perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum dan adab-adab Ihktilat.

      Perhubungan laki-laki dan wanita berlainan negara,bangsa dan warna kulit juga perlu  mematuhi Hukum dan Adab-adab Ihktilat.

      cuma itu yang dapat saya bagi ke antum semua , semoga bermanfaat, dan kita amalkan,,
      wassaalamualaikum.

No comments:

Post a Comment